Friday, November 29, 2019

PADANG INDONESIA Day 1

sebenyanya aku takda modal nak sembang dalam blog ni, tapi sebelum aku mengosongkan memori phone seharusnya aku akan post dahulu segala kejadah gambar aku masa bercuti ke Padang Indonesia last 2week gittewww, hehehe.

nak gi padang ni memang unplan, kawan aku cakap weh jom gi padang katanya tix RM130 camtu, tanpa melengahkan masa, terus aku ON, hehehe.

Tak tau pon apa yang best kat padang tu, tapi nasib baik tau yang padang tu terletak di Indonesia, kahkahkah.

Punya la sengal tak ambil tau langsung jauh ke dekat ke padang tu, beria-ria aku fikir, naik je flight nak tidur sebab takut akan ketinggian, tetiber member aku cakap, kau ingat klaka ke?

KL ke Padang ambil masa 40minit je, perrgghh...




sampai je padang, aku terus makan Nasi Padang, nak sampai ke kedai ni ambil masa sejam gak la, pastu dah kompom kau lapar terok kan? sekali orang kedai ni hidang kemain banyak lauk, memula tekejut gak dah kenapa tak order semua kau letak atas table aku, rupanya apa kau sentuh je dia akan kira, itulah namanya Nasi Padang



lepas makan, aku teruskan perjalanan untuk ke Bukit Tinggi, aku bila kenyang sel-sel otak aku malas nak berhubung, so semasa dalam perjalanan, aku sempat snap gambar ni je, katanya kat Bukit Tinggi ni dia orang banyak bercucuk tanam, so kiranya dia macam cameron la cam tu


masih dalam perjalanan, sempat lak brade grab ni singgahkan kita orang kat kedai sulaman ni, serius weh, aku tejebak terox, belom pape lagi dah shopping


hasil kau naik flight, naik grab, lalu jalan kecik yang jem kawkaw, sempat shopping, lalu celah-celah rumah orang, maka sampailah lokasi yang aku namakan percutian unplaned


ammacciammm??? on tak on???


perrgghh, sampai ke hari ni aku tetap ingat bilik ni, dah la aku suka kayu-kayu mix la dengan colour putih, mengancammm


lepas check in je, tanpa melengahkan masa terus naik tembok cina, tak tahu la apa tujuan naik sini, bahahahahahaha


ni lah mercu tanda bukit tinggi, serius aku xde modal nak cerita, yang aku tau padang dan bukit tinggi ni adalah tempat banyak sejarah


yang aku boleh cerita bukit tinggi ni tmpat yang masih tak moden, dia masih pekan cowboy, kalau korang nak merasa hidup ala-ala zaman 70an cam tu, korang boleh datang


C I N T A sama R A N G G A
bahahahahahahahahaha


dekat pekan bukit tinggi aku tak beli apa  pon just jalan usha usha alam sekeliling then makan, aku makan bakso sapi, memang sedap, makan kat sini korang jangan takut nak makan, sebab orang bukit tinggi ni 95% islam


di sebabkan tak kenyang makan bakso tadi, balik je resort aku terus order pemakan lagi, ni yang aku makan, after makan terus sleep, maka selesailah cerita day 1 aku, kikiki

Tuesday, October 8, 2019

Anniversary Perkahwinan Tahun Ke-3

Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini,dan secara tiba-tiba aku respect dekat mak bapak aku boleh cecah perkahwinan 37tahun, kompom macam-macam liku dia orang dah tempuh. Apa lah sangat 3tahun aku ni kan? Huhuhu.

Sekarang ni, aku bukan nak cerita tengtang 3 tahun aku tempuh tu, kalau cerita pon, korang bukan nak baca pon, kan?

Ok cam ni ceritanya, Anniversary tahun ni 16 September 2019, sumpah unplan, kita orang ingat nak chill chill kat rumah mak bapak aku je, tetibe dengan izin Allah, kami ter check in  kat sini, tempat ni memang sesuai dengan semua pasangan kekasih. Gittewww.



tadaaa, masuk-masuk je korang dah nampak sesuatu yang agak tenang,
bukan? hehehe



tuuudiaaa, siapa sangka celah pokok getah, ada tempat sedamai ini.



ni bilik kami, untuk 2 Hari 1 Malam, ayuh kita masuk, 
pape pon, bagi salam dulu, Assalamualaikum...



kat dalam takde orang, so aku bagi salam, aku jugak jawab,
Waalaikummusslam...



simple, tapi nice, betul tak?



concept yang amat simple dan sangat superb, ni pintu bilik air, jangan
di beri salam pulak ye, kekeke



cam hotel lima bintang kan? kekeke



bilik air pon rasa sayang je nak guna sebab syantik sangat, hehehe


Selepas kejadian aku post dekat Instagram aku hari tu, ramai yang DM aku, tanya apa nama tempat dan lokasinya, so sebelum korang yang baca Blog ni tanya, apa kata aku bagi tau terus, ok?

THE RUBBER ESCAPE MELAKA
Lot 2443, Jalan Lendu Bakti 8 Lendu,
Alor Gajah, 78000 Melaka.

nak tahu lebih lanjut tentang harga ke apa ke, korang boleh usha dekat Trivago k.

Sebelum aku akhiri cerita Anniversary aku yang takde cerita apa pon sebenanya ni, apa kata aku payung korang view malam dekat sini.



tenang je sambil santai-santai malam



kalau korang lapar, dia ade cafe jugak, so sape suka makan malam jangan
risau kalau korang kelaparan, boleh order kat cafe dia ni.



haaa, kalau siapa kaki karaoke, korang boleh karok sampai lebam, FREE je.



oppsss, lupa nak bg tau, sesiapa je check in kat sini, dia orang mmg kasi
breakfast FREE,tapi ni je la menunya, jadi la, dari xde langsung kan?



ok lah, tu je cerita aku, kalau korang bercuti kat sini, jangan lupa
ambil gambar posing cam aku ni k, kekekeke.

Friday, August 16, 2019

Langkawi (Part 3)

perrgghhh nak sambung entri langkawi ni memang bukan lah satu perkara yang mudah, memula aku fikir nak create cerita ni adalah benda yang mudah, tapi salah rupanya, kahkahkah

moh kita sambung entri ni sebelum kepala otak aku lupa apa perkara yang berlaku pada masa dan ketika itu

kiranya Part 3 ni adalah last day aku dan suami di langkawi, cam biasa lah, kita orang ni memang bukan spesis buang masa, lelagi hari ni adalah last day wehhh

memula plan, last day ni kita nak sarapan dekat Nasi Dagang Pak Malau yang viral tu, memandangkan resort yang kita orang stay ni dah include breakfast, kejadah apa kau nak makan tempat lain kan?



izinkan aku belanja view last day bangun pagi
tanpa memikirkan apa yang akan terjadi, gittewww



 nanti-nanti la fikir pasal Nasi Dagang Pak Malau tu, ni la
saparan kita orang bukan Nasi Dagang, tapi ianya
Nasi Goreng dan Mee Goreng, kikiki



lepas makan kita orang terus check out, sebab tak nak
bazir kan masa punya pasal, bye bye A Rock Resort Langkawi



eh eh tetibe dah sampai, kekeke



mana lagi kalau bukan Cable Car Langkawi



ni kali ke dua kami naik Cable Car Langkawi ni bersama, tapi
bergambar kat Jambatan ni adalah pertama kali buat kami, cer
tengok muka gayat ke tak tu? hehehe



ni bebetul muka gayat, kahkahkah



ni pon gayat tapi spec cover, kikiki



saje nak post bebanyak gambar kat tempat yang sama, buat
 modal entri ni jurrr, kahkahkah



setelah posing banyak kali, baru lah dapat gambar yang tak gayat



sekian lah cerita di Cable Car ni, ok?


serius lah, cerita aku agak boring, tapi apa yang aku boleh share kat Cable Car ni korang boleh layan view yang cantik dan bayaran pulak tak la mahai mana, kira berbaloi la dengan view yang korang dapat, gittewww

Langkawi Cable Car : RM40
RM40 x dua orang = RM80

jika nak ke sky bridge pulak tambah RM5 dan buat bayaran setelah korang sampai di atas.

selepas ke aku gi Cable Car ni, aku terus balik, maka sekian lah entri aku yang terakhir ketika di langkawi tiga hari 2 malam itu.

Wednesday, July 31, 2019

Langkawi (Part 2)

Berbalik dari cerita Langkawi aku Part 1, maka ini Part 2 pulak, serius weh masa aku menulis ni tetibe aku terfikir, apa yang aku nak tulis sebananya?

Penyambungnya di sebabkan cerita Langkawi aku Part 1 ending aku lepak kat Cafe Hidden Beach House, lepastu balik Resort and tido kan?

Sekarang baru aku ingat, apa pasal aku tido agak awal, hehehe.

Kita orang suami isteri tak nak la datang Langkawi ni sekadar stay Resort pastu peramkan diri jur. Maka, kita orang amek la package untuk ke menghiburkan perasaan kita orang.

Package yang kita orang amek adalah package yang paling murah di abad ni, hehehe.Kita orang buat apa yang kita orang mampu jurrr. Boleh la dari takde kan? Bahahahahahaha.

Package melawat tiga tempat iaitu, Tasik Dayang Bunting, Bagi Helang Makan dan Pulau Beras Basah.

Package Melawat Tiga Tempat : RM35 (seorang)
RM35 X dua orang = RM70



haaa, ni lagi satu, sebelum korang nak gi buat apa-apa aktiviti,
lebih baik korang makan sesiap sebabnya cam biasa la
kat sana nanti korang mesti lapar, lelagi orang gemok cam aku,
kompom lapar la, hihihi.



ayuh mulakan perjalanan, rezeki kami dapat duduk depan sekali,
layan pulak angin laut di pagi hari, fuhhh, paduuu.



Destinasi pertama, Tasik Dayang Bunting, katanya bukit tu nampak
seperti wanita mengandung dalam keadaan terbaring, nak tau apahal
dia terbaring, korang google lah yurrr. Aku ni bab sejarah
otak memang lemah, kekeke.



sampai jur korang kat Tasik Dayang Bunting ni, korang kena hiking 300meter
tak silap aku untuk temui tasik ni, pelik bukainnn? Tetibe ada
air tawar di kelilingi air masin?



Destinasi kedua, bagi burung helang makan, dia punya burung besar-besar,
seram weh, muka memasing pon, baragas je aku usha, hihihi.



dengan harapan helang tak sambar aku buat makanan, kikiki.



Destinasi kedua, pulau beras basah, pulau ni cantik, kat sini boleh la
korang tengok ikan warna warni aidil fitri tu,
tapi satu spesis je yang ada. Boleh la, dari tak ada kan?



air jernih, tapi masa aku datang ni cuaca agak tak cantik,
kalau ada matahari kompom gambar ni merecik terox.



sempatlah aku berkelakuan sweet sebelum hujan turun,
jernihkan air kat sini?



ingat hujan besher-besher jur, baru nak acah-acah begambar acah-acah
picnic kat persisiran pantai maldive, tak dapek nok,
maka gembar berdiri cam tugu negara je lah  gamaknya.



maka selesailah trip kami yang berharga RM35 hengget tu,
last sekali abang bawak boat ni nak ambil hati kita orang,
disajikanlah kami semua lappp konar baringgg, hihihi.



di sebabkan dah mandi hujan, kompom la perut lapar,
memang ngam la dapat pulak kedai nasi campur yang penuh
lauk pauknya, kita orang tapau jur sebab badan basah,
tak selesa lak



penuh kuih muih, ingat kan nasi campur jur, kalau korang datang
boleh la korang try kedai ni, nama kedai ni Kak Yan Nasi Campur,
waze jur kompom jumpa punya



sampai je resort, terus bukak nasi bungkus dan apa lagi? makan laaa



sesudah kenyang makan nasi bungkus, wahhh, santai betul kan?



dia pon nak jugakkk, kikiki



nak belanja lebih la gambar santai, bukan nya apa, nanti dah
balik mesti rindu tempat-tempat gini kennnnn?



tadaaa, tetibe dah siap untuk keluar, kita orang bukan tak
reti letih, tapi kita orang ni spesis tak tahu apa itu
erti letih, kahhh



di sebabkan esok dah nak balik, maka kita mebeli belah la apa yang patut,
orang cakap kalau datang langkawi ni, harus membeli cokelat,
so akak gemok beli lerrr sikit



aku beli cokelat sikit jurrr, dok kedai cokelat lelama pon nak
buap haper kan? semetara ada masa ni, suami aku cakap,
jom ke Tg Rhu, katanya pantai area sini nice,
nah aku belaja gambar suami aku, kehkehkeh



and aku belanja korang gambar sweet dekat pantai tg rhu
ni sepam k, bahahahahahahha



aku rasa cukuplah sampai di sini aku merepek meraban yerrr, aku nak ingat balik apa yang terjadi tu memang payah la, nanti kalau aku ingat, aku sambung entri aku ni yer, hihihi. Babai :D